Cacar Air (Chicken Pox)
Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan …